BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

MY NUFFNANG


Tuesday, April 10, 2012

Tempahan Ukiran Buah & Makan Pengantin ~ 8 April 2012@Simpang 5, Sg. Besar, Selangor~

Alhamdulillah, Syukur...kami masih diberikan rezeki oleh Nya....Amin. Hari ini kami telah menerima tempahan daripada Kak Yati (kenalan isteri) untuk ukiran buah dan menyediakan makanan pengantin.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Yati sekeluarga di atas kepercayaan yang diberikan serta kami juga ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada En. Norazmi serta Pn. Amirah...Semoga kekal ke akhir hayat...Majlis yang berlangsung begitu meriah, tetamu yang hadir juga ramai sehinggakan kami tidak sempat untuk mengambil gambar details hasil kerja kami. Apa2 pun, jom layan foto2 yang ado....








#Para tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan 'live band' otai....hehehehehe

Sunday, February 26, 2012

Tempahan Ukiran Buah ~ 26 Feb 2012

Tempahan Ukiran Buah ~ 26 Februari 2012
Lokasi: Dewan Serbaguna Lembah Keramat, Jalan Au 5,
Kuala Lumpur.


Hari ini tempahan yang diterima daripada pengunjung blog, Pn. Ain. Beliau meminta saya mengukir buah sahaja untuk hiasan di meja makan pengantin. Kepada Pn. Ain, terima kasih kerana memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya dalam memberikan perkhidmatan yang memuaskan.

Jom layan foto-foto yang sempat di rakam:


Buah-buahan yang siap diukir seperti yang diminta oleh Pn. Ain








Deko hiasan tepi meja pengantin menaikkan seri

Sangkar untuk Acara Memotong Kek