BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

MY NUFFNANG

Sunday, December 20, 2009

UkiRaN BuaH & MaKan BeRaDaB ~20/12/2009~

Hari ini merupakan Hari Perkahwinan seorang kenalan isteri, Nurul Bersama Pasangannya. Majlis berlangsung di Peket 60, Sg. Besar. Terima kasih la buat Nurul & Keluarga atas kepercayaan yang diberikan untuk menyediakan makan beradab pengantin serta gubahan ukiran buah-buahan. Jom layan dulu gambar-gambar yang diambil.



Gubahan Ukiran Buah-Buahan;









Lauk-Pauk Tambahan:

Ayam Percik

Dalam majlis tersebut, tuan rumah menyediakan banyak gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah. Kemeriahan terasa dengan celoteh DJ yang petah berkata-kata. Walau bagaimanapun, macam kata pepatah melayu, "ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari". Ha...yang itu ler yang terjadi dalam Majlis Perkahwinan Nurul & Suami. Dalam cuaca yang cerah, kuasa Allah s.w.t, hujan telah turun dengan lebatnya. Segala persiapan yang telah saya siapkan habis akibat tempias hujan yang sangat lebat. Nasib masih menyebelahi saya kerana semua makanan yang di buat telah di 'wrap' . Dapatlah saya menyelamatkan semua makanan yang disediakan. Majlis persandingan juga terpaksa ditangguh sehingga hujan reda. Ini juga adalah pengalaman saya dan isteri yang pertama dalam mengendalikan tempahan dalam keadaan yang hujan selebat-lebatnya. Ramai tetamu yang hadir terpaksa 'berkampung' di bawah khemah sementara menantikan hujan reda. Tak percaya???? Jom layan gambar-gambar ni;

tetamu yang hadir....


Gerai makanan terpaksa ditutup....



Saya yang dah lencun dek hujan.....nasib badan.




Setelah hujan reda, walau pun masih renyai-renyai, majlis persandingan tetap diteruskan. Pengantin terus ke Meja Makan Pengantin yang disediakan. Seterusnya, ke acara Memotong Kek. Apapun ini kerja Allah S.W.T, redha saja la......

Kek Pengantin



Nurul & Suami....


Apa-apa pun, tahniah & Selamat Pengantin Baru.

Sunday, December 6, 2009

Ukiran Buah - 5/12/2009

Hari ini merupakan hari bahagia seorang teman kepada isteri iaitu Siti Suraya dan pasangannya. Majlis telah berlangsung di Wangsa Maju, K.Lumpur. Saya telah mendapat kepercayaan untuk menyediakan ukiran buah untuk meja pengantin. Dalam kesibukan menyiapkan tempahan sempat juga saya mengambil beberapa gambar sepanjang majlis tersebut untuk tatapan dan kenangan yang abadi. Selamat Pengantin Baru buat C.Sue n suami.

Gambar di atas Pasangan Pengantin, Siti Suraya & Suami.


Pelamin yang indah.....


Desert yang lazat...




Ukiran buah yang siap diukir & dihias.



Pandangan hadapan ukiran buah meja pengantin.



Kembar 3....buah betik yang diukir.



Ukiran BuahTembikai 1.



Ukiran Buah Tembikai 2.