BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

MY NUFFNANG

Saturday, December 17, 2011

Tempahan Ukiran Buah & Makan Beradab ~ 17 Dec 2011

Salam Sejahtera buat para pembaca sekelian, hari ini saya diberikan kepercayaan oleh seorang kenalan lama sewaktu saya bekerja di Politeknik Sultan Idris Shah. Pengantin perempuan merupakan adik beliau. Yang seronoknya, majlis ini adalah perkahwinan campur. Kedua-dua mempelai bertugas sebagai doktor di Teluk Intan. Selamat Pengantin Baru...!!!1



Gubahan buah



Pandangan hadapan



Pasangan Raja Sehari




Thursday, September 29, 2011

Pertandingan Memasak 2011 Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor


Assalammulaikum buat para pembaca...nampaknya lama benar saya tak menulis di blog ini....maklumlah komitmen dah bertambah...cikgu yang mengajar dan belajar.... tapi dalam sibuk2 tu sempat juga ler saya nak kongsi cerita, walaupun dah terlewat, tapi tetap terpahat ni di memori...kira macam kenangan yang tak dapat dilupakan.... Kisahnya begini.....

Pada 23hb Jun 2011, sekolah tempat saya mengajar telah dipilih mewakili daerah Kuala Selangor ke Pertandingan Memasak 2011 Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor anjuran Maggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman dan masa yang agak terhad buat pertama kali saya di tugaskan sebagai guru yang bertanggungjawab mengurus dan melatih pelajar, PENGALAMAN INI MEMANG TAK BOLEH DILUPAKAN. Walaupun sekolah kami tidak menang, tapi KAMI SEMUA ENJOY!!!!! Ni gambar2 yang sempat dirakam bersama Chef Muluk semasa hari pertandingan.



Chef Muluk n Me



Kenangan bersama Selebriti Chef ~ Chef Muluk




~Autograf~Hahaha jangan jealous tau.


Saturday, June 11, 2011

Tempahan Ukiran Buah & Makan Beradab ~ 11/06/2011~

Alhamdulillah, saya terima lagi tempahan pada hari ini ~ 11/06/2011 Di Kg. Jawa, Klang. Pengantin merupakan anak kepada bapa angkat saya. Seperti biasa, ukiran buah-buahan paling wajib yang perlu disediakan disamping menu ikan, udang, pulut kuning, desert. Mari kita jenguk foto-foto yang sempat diambil sekitar majlis perkahwinan Kak Eton n Suami....Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Ke Akhir Hayat....Amin. Buat bapak sekeluarga, saya nak ucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang diberi bagi mengendalikan juadah bagi santapan raja sehari....






~Pandangan hadapan keseluruhan~



~Pulut Kuning~



~UkiraN BuaH~



~Sesi Menjamu Selera~