BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

MY NUFFNANG


Showing posts with label My Jobs. Show all posts
Showing posts with label My Jobs. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Tempahan Ukiran Buah & Makan Beradab ~ 23 Mac 2013

ASSALAMMUALAIKUM 

Syukur Alhamdulillah pada 23 Mac 2013, saya diberikan kepercayaan dalam menyediakan tempahan ukiran buah dan hidangan makan beradab. Hari ini saya mendapat 3 tempahan, 1 daripada seorang kenalan kepada  Kak Samidah...Kak Anida...Wedding Planner....2 tempahan lagi saya terima daripada kak Samidah...lokasi di Shah Alam dan di Taman Medan. Walaubagaimanapun, sekarang kerja lebih mudah kerana saya hanya perlu menghantar tempahan yang di order ke lokasi....seterusnya...pelayan catering yang akan uruskan. Orang kata " bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian". Jika dahulu, saya kena tunggu sehingga ke akhir majlis....sekarang jauh lebih mudah...ialah dulu gerak sendiri, sekarang lebih teratur....bekerjasama dengan kak Samidah. Anyway, thanks to Kak Samidah coz beri kesempatan untuk kita bekerjasama.

Jom layan gambar yang sempat diambil....(maaf jika kualiti gambar tidak memuaskan, h/p murah jer....)






Selain daripada gubahan buah, saya juga menyediakan:

1- Ikan Siakap Masak 3 Rasa

2- Udang Panjat Di Raja

3- Sosej Seri Pengantin

4- Buah2an Potong

# Maaf ye gambar untuk masakan lain tak sempat nak amik....INSYAALLAH next time.
#Kepada pengantin, kami doakan semoga berbahagia...Amin.



~SELAMAT MENJAMU MATA~

Thursday, September 29, 2011

Pertandingan Memasak 2011 Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor


Assalammulaikum buat para pembaca...nampaknya lama benar saya tak menulis di blog ini....maklumlah komitmen dah bertambah...cikgu yang mengajar dan belajar.... tapi dalam sibuk2 tu sempat juga ler saya nak kongsi cerita, walaupun dah terlewat, tapi tetap terpahat ni di memori...kira macam kenangan yang tak dapat dilupakan.... Kisahnya begini.....

Pada 23hb Jun 2011, sekolah tempat saya mengajar telah dipilih mewakili daerah Kuala Selangor ke Pertandingan Memasak 2011 Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor anjuran Maggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman dan masa yang agak terhad buat pertama kali saya di tugaskan sebagai guru yang bertanggungjawab mengurus dan melatih pelajar, PENGALAMAN INI MEMANG TAK BOLEH DILUPAKAN. Walaupun sekolah kami tidak menang, tapi KAMI SEMUA ENJOY!!!!! Ni gambar2 yang sempat dirakam bersama Chef Muluk semasa hari pertandingan.



Chef Muluk n Me



Kenangan bersama Selebriti Chef ~ Chef Muluk




~Autograf~Hahaha jangan jealous tau.