BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

MY NUFFNANG


Sunday, December 20, 2009

UkiRaN BuaH & MaKan BeRaDaB ~20/12/2009~

Hari ini merupakan Hari Perkahwinan seorang kenalan isteri, Nurul Bersama Pasangannya. Majlis berlangsung di Peket 60, Sg. Besar. Terima kasih la buat Nurul & Keluarga atas kepercayaan yang diberikan untuk menyediakan makan beradab pengantin serta gubahan ukiran buah-buahan. Jom layan dulu gambar-gambar yang diambil.



Gubahan Ukiran Buah-Buahan;









Lauk-Pauk Tambahan:

Ayam Percik

Dalam majlis tersebut, tuan rumah menyediakan banyak gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah. Kemeriahan terasa dengan celoteh DJ yang petah berkata-kata. Walau bagaimanapun, macam kata pepatah melayu, "ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari". Ha...yang itu ler yang terjadi dalam Majlis Perkahwinan Nurul & Suami. Dalam cuaca yang cerah, kuasa Allah s.w.t, hujan telah turun dengan lebatnya. Segala persiapan yang telah saya siapkan habis akibat tempias hujan yang sangat lebat. Nasib masih menyebelahi saya kerana semua makanan yang di buat telah di 'wrap' . Dapatlah saya menyelamatkan semua makanan yang disediakan. Majlis persandingan juga terpaksa ditangguh sehingga hujan reda. Ini juga adalah pengalaman saya dan isteri yang pertama dalam mengendalikan tempahan dalam keadaan yang hujan selebat-lebatnya. Ramai tetamu yang hadir terpaksa 'berkampung' di bawah khemah sementara menantikan hujan reda. Tak percaya???? Jom layan gambar-gambar ni;

tetamu yang hadir....


Gerai makanan terpaksa ditutup....



Saya yang dah lencun dek hujan.....nasib badan.




Setelah hujan reda, walau pun masih renyai-renyai, majlis persandingan tetap diteruskan. Pengantin terus ke Meja Makan Pengantin yang disediakan. Seterusnya, ke acara Memotong Kek. Apapun ini kerja Allah S.W.T, redha saja la......

Kek Pengantin



Nurul & Suami....


Apa-apa pun, tahniah & Selamat Pengantin Baru.

Sunday, December 6, 2009

Ukiran Buah - 5/12/2009

Hari ini merupakan hari bahagia seorang teman kepada isteri iaitu Siti Suraya dan pasangannya. Majlis telah berlangsung di Wangsa Maju, K.Lumpur. Saya telah mendapat kepercayaan untuk menyediakan ukiran buah untuk meja pengantin. Dalam kesibukan menyiapkan tempahan sempat juga saya mengambil beberapa gambar sepanjang majlis tersebut untuk tatapan dan kenangan yang abadi. Selamat Pengantin Baru buat C.Sue n suami.

Gambar di atas Pasangan Pengantin, Siti Suraya & Suami.


Pelamin yang indah.....


Desert yang lazat...




Ukiran buah yang siap diukir & dihias.



Pandangan hadapan ukiran buah meja pengantin.



Kembar 3....buah betik yang diukir.



Ukiran BuahTembikai 1.



Ukiran Buah Tembikai 2.



Monday, November 2, 2009

Ukiran Buah & Makan Beradab - 1/11/2009

Ukiran Buah Tembikai.


Gubahan Buah-Buahan yang siap diukir.




Pandangan sisi meja...


Special menu...


Ikan Bawal 3 Rasa


Special Menu...Siakap


Desert


Ayam Golek


Pulut Kuning ini dibuat khas untuk pengantin...


Kek penyeri majlis.


Monday, October 26, 2009

Ukiran Buah - 25/10/2009

Hari ini saya menerima tempahan untuk ukiran buah di Shah Alam...Di sini saya sempat merakamkan gambar-gambar hasil ukiran yang dibuat.

Pulut Kuning pengganti kek.


Gubahan Ukiran Buah.


Ha...di bawah adalah poster pengantin...Selamat Pengantin Baru ye
Ct n suami.



Yang nie...saya ler...tengah membuat ukiran buah epal....rajin tak?

Sunday, October 25, 2009

Gubahan Hantaran Buah-Buahan

24 Oktober 2009 Hadiah sebakul buah yang siap diukir sebagai hantaran pertunangan seorang jiran...Erin (anak sulong Makcik Nah n Pakcik Din)...Selamat Bertunang Erin..from Kak Ngah & Hubby.






Gubahan Bakul Buah sebagai hantaran pertunangan.




Erin...nie ler dia orgnyer...Selamat Bertunang ye!






Saturday, June 27, 2009

Ukiran Buah & Makan Beradab - 27/6/2009

Sabtu-27hb Jun 2009 Hari perkahwinan seorang teman, Ernie & Redzuan. Majlis diadakan di Sg. Nibong, Sekinchan, Selangor. Tema yang dipilih ialah Gold. Sempat juga saya 'snap' gambar pada hari tersebut dicelah2 tetamu yang ramai...hehehe. Majlis ini juga telah dihadiri oleh seorang VIP iaitu Dato' Hj. Omardin bin Mauju, Mahaguru dan Pengasas Seni Silat Lincah Malaysia bersama isteri. Beliau merupakan bapa saudara kepada pengantin. Pada hari tersebut, perkara yang membuatkan saya berasa bangga dan terharu, apabila Dato' telah memuji masakan saya terutama 'bergedel goreng' dan beliau mengatakan ini adalah '"the best bergedel yang pernah saya makan"....alamak terharu la pulak...terima kasih Dato' atas pujian. Lastly, saya berharap agar Ernie dan family berpuas hati di atas 'service' yang diberi n Selamat Pengantin Baru!




Kedua mempelai bersama Dato' dan para tetamu sedang menjamu hidangan




Pandangan hadapan meja pengantin




Ayam 'Puyuh' menjadi tumpuan




Ikan bawal bersulam kasih




Pencuci mulut 'sehati'




Ukiran buah penyeri majlis

Sunday, March 22, 2009

Tempahan Makan Pengantin & Ukiran Buah - 21/3/2009

21/3/2009 Tempahan yang diterima untuk Makan Beradab dan Gubahan Ukiran Buah di Sabak Bernam. Nie ada beberapa koleksi gambar hasil sentuhan kerja saya...Di harap pihak tuan rumah berpuashati di atas servis yang diberikan.