BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

MY NUFFNANG

Sunday, February 26, 2012

Tempahan Ukiran Buah ~ 26 Feb 2012

Tempahan Ukiran Buah ~ 26 Februari 2012
Lokasi: Dewan Serbaguna Lembah Keramat, Jalan Au 5,
Kuala Lumpur.


Hari ini tempahan yang diterima daripada pengunjung blog, Pn. Ain. Beliau meminta saya mengukir buah sahaja untuk hiasan di meja makan pengantin. Kepada Pn. Ain, terima kasih kerana memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya dalam memberikan perkhidmatan yang memuaskan.

Jom layan foto-foto yang sempat di rakam:


Buah-buahan yang siap diukir seperti yang diminta oleh Pn. Ain








Deko hiasan tepi meja pengantin menaikkan seri

Sangkar untuk Acara Memotong Kek

Selamat Pengantin Baru

Pejam celik-pejam celik sekejap jer dah tahun baru 2012. Rasa-rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 serta Selamat Pengantin Baru kepada semua yang telah mahupun yang akan melangkah ke Gerbang Perkahwinan. Semoga kalian di Rahmati oleh Nya...Amin.




Khas buat Bakal Pengantin:

Tika aku berarak masuk, terlihat gerbang pelamin nan indah dengan 'latest design',




dengan bangga aku bersanding disamping si dia yang tampan bergaya,
dengan baju rekaan si pereka polular,



Selesai Majlis Menepung Tawar penuh istiadat,



Acara kemuncak
ialah Makan Beradab....




!!!!?????? Siapa nak tolong handle, saya tak buat apa2 persiapan pun....

Rasionalnya,Walau sehebat mana Majlis Wedding yang kita rancang, tapi bila kita terlupa benda-benda kecil, seperti Makanan Pengantin, Pinggan mangkuk, sudu garfu, gelas dan hiasan meja pengantin akhirnya kita yang malu sendiri....makan ler apa yang ado. Terjenguk-jenguk la aku si raja sehari meminta sesiapa yang ada di depan mata nanti ambilkan sudu, gelas dan pinggan yang tak cukup. Ramai yang terlupa, perkara-perkara kecil ini jika di himpun akan menjadi banyak juga. Moral of the story, apa salah jika kita berbelanja lebih sedikit untuk keselesaan diri sendiri.

Kita selalu memikirkan menu untuk di jamu kepada para tetamu yang di undang, tetapi kita sering alpa dengan juadah di meja pengantin. Walaubagaimanapun, dewasa ini telah banyak pihak catering menyediakan pakej tempahan 1000 pax ke atas percuma makan pengantin. Tepuk dada tanya selera.

# Diharap kepada bakal-bakal pelanggan, saya menyediakan perkhidmatan hiasan ukiran buah dan hidangan makanan pengantin. Apa tunggu lagi....!?? Hubungi saya.