BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

MY NUFFNANG


Showing posts with label Tema Gold. Show all posts
Showing posts with label Tema Gold. Show all posts

Saturday, November 30, 2013

TEMPAHAN UKIRAN BUAH DAN SET MAKAN BERADAB ~ 30 NOV 2013

Hari ini kami menerima tempahan untuk 3 tempat bagi hidangan makan pengantin 
dan set ukiran buah. 

Terima kasih kepada yang percaya pada perkhidmatan kami.  

Tahniah juga diucapkan kepada pengantin.


Lokasi 1 ~ Klang







Lokasi 2 ~ Klang






Lokasi 3 ~ Shah Alam









Sunday, April 21, 2013

TEMPAHAN UKIRAN BUAH & MAKAN BERADAB ~ 21/4/2013

Hari ini saya mendapat tempahan dari seorang kenalan, Cikgu Mohd yang melangsungkan majlis perkahwinan anak sulung beliau. Kepercayaan yang diberikan oleh Cikgu Mohd sekeluarga kepada saya diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang kekurangan mohon dimaafkan dan dihalalkan....Kepada mempelai yang diraikan, diucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU....semoga selamat menempuh alam rumahtangga.

Seperti biasa, tempahan kali ini ; 

1- Ikan Siakap Masak 3 Rasa (2 set)

2- Udang Panjat Diraja (2 set)

3- Sosej Seri Pengantin (2 set)

4- Buah2 an potong (3 set)

5- Ukiran Buah Meja Pengantin


# Jom layan gambar2 yang sempat diambil;







Tuesday, April 10, 2012

Tempahan Ukiran Buah & Makan Pengantin ~ 8 April 2012@Simpang 5, Sg. Besar, Selangor~

Alhamdulillah, Syukur...kami masih diberikan rezeki oleh Nya....Amin. Hari ini kami telah menerima tempahan daripada Kak Yati (kenalan isteri) untuk ukiran buah dan menyediakan makanan pengantin.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Yati sekeluarga di atas kepercayaan yang diberikan serta kami juga ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada En. Norazmi serta Pn. Amirah...Semoga kekal ke akhir hayat...Majlis yang berlangsung begitu meriah, tetamu yang hadir juga ramai sehinggakan kami tidak sempat untuk mengambil gambar details hasil kerja kami. Apa2 pun, jom layan foto2 yang ado....








#Para tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan 'live band' otai....hehehehehe

Saturday, June 5, 2010

TeMPaHaN MaKaN BeRaDaB ~ 5/6/2010~

Buat para pembaca sekelian, saya mohon maaf berbanyak2 kerana N3 kali ini gambar pengantinnya tidak dapat disertakan sekali atas masalah teknikal. Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru!!!

Jom layan foto-foto hasil air tanganku.















Monday, October 26, 2009

Ukiran Buah - 25/10/2009

Hari ini saya menerima tempahan untuk ukiran buah di Shah Alam...Di sini saya sempat merakamkan gambar-gambar hasil ukiran yang dibuat.

Pulut Kuning pengganti kek.


Gubahan Ukiran Buah.


Ha...di bawah adalah poster pengantin...Selamat Pengantin Baru ye
Ct n suami.



Yang nie...saya ler...tengah membuat ukiran buah epal....rajin tak?

Saturday, June 27, 2009

Ukiran Buah & Makan Beradab - 27/6/2009

Sabtu-27hb Jun 2009 Hari perkahwinan seorang teman, Ernie & Redzuan. Majlis diadakan di Sg. Nibong, Sekinchan, Selangor. Tema yang dipilih ialah Gold. Sempat juga saya 'snap' gambar pada hari tersebut dicelah2 tetamu yang ramai...hehehe. Majlis ini juga telah dihadiri oleh seorang VIP iaitu Dato' Hj. Omardin bin Mauju, Mahaguru dan Pengasas Seni Silat Lincah Malaysia bersama isteri. Beliau merupakan bapa saudara kepada pengantin. Pada hari tersebut, perkara yang membuatkan saya berasa bangga dan terharu, apabila Dato' telah memuji masakan saya terutama 'bergedel goreng' dan beliau mengatakan ini adalah '"the best bergedel yang pernah saya makan"....alamak terharu la pulak...terima kasih Dato' atas pujian. Lastly, saya berharap agar Ernie dan family berpuas hati di atas 'service' yang diberi n Selamat Pengantin Baru!




Kedua mempelai bersama Dato' dan para tetamu sedang menjamu hidangan




Pandangan hadapan meja pengantin




Ayam 'Puyuh' menjadi tumpuan




Ikan bawal bersulam kasih




Pencuci mulut 'sehati'




Ukiran buah penyeri majlis

Monday, August 4, 2008

Ukiran Buah & Makan Beradab - 3/8/2008

Tanggal 3/8/2008 saya menerima tempahan untuk menyediakan ukiran buah dan makan beradab di Dewan Sri Bernam , Sungai Besar. Tema pada hari majlis adalah "Gold". Saya sempat mengambil bebarapa gambar untuk tatapan anda.




Tetamu yang hadir......


Ikan Bawal Tiga Rasa



Ukiran Buah Seri Pengantin